Saturday, January 23, 2010

Murah Rezeki

1. Amalkan solat Dhuha setiap pagi (dalam pukul 9 pagi)

2. Rajin berdoa supaya dimurahkan rezeki


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


3. Bersedekah

4. Bagi makan kepada haiwan liar (contohnya kucing liar)

Kalau anda mempunyai petua-petua lain, silalah kongsi di sini.

Tuesday, January 19, 2010

Memulakan Kerja

1. Bagi yang beragama Islam, mulakanlah sesuatu kerja anda dengan lafaz :

2. Bagi agama lain, bacalah doa-doa yang disarankan oleh agama anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan kerja itu.